MANCHESTER: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol dalam masa kecederaan untuk membantu Manchester United bangkit dan menewaskan Villarreal 2-1 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang penuh debaran di Old Trafford kelmarin.
Barcelona pula, yang musim ini terpaksa menyesuaikan diri tanpa pemain azimat Lionel Messi, tumpas 0-3 kepada Benfica di padang lawan.





