KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun menyaksikan trend peningkatan mendadak tahun ini berbanding sepanjang tahun lalu.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata tahun lalu kes babit golongan bawah 18 tahun sekitar 12,000 kes tetapi pada tahun ini, ia meningkat kepada lebih 400,000.





