SEMINGGU sebelum perlawanan pertama Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean bermula, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengumumkan butiran tiket kejohanan itu.
Dalam satu kenyataan media, FAS berkata tiket bagi setiap hari perlawanan ditetapkan $25 seorang bagi orang dewasa dan $15 seorang bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia dijual di laman https://www.fas.org.sg/tickets/ mulai tengah hari ini.





