LONDON: Manchester United telah menghubungi bekas pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, mengenai jawatan pengurus sementara.
Valverde, 57 tahun, adalah antara calon yang sedang dipertimbangkan untuk memimpin kelab Red Devils itu sehingga akhir musim ini sebelum United melantik pengurus tetap, dengan United kini fokus kepada menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.





