LONDON: Pengurus sementara Manchester United Michael Carrick berkata kemenangan United ke atas Villareal dinihari semalam - yang menempatkan kelab itu ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah - ditujukan kepada bekas pengurus Ole Gunnar Solskjaer.
Dalam perlawanan di Sepanyol, gol-gol jaringan Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho memberikan Carrick kemenangan pertama sebagai ketua pengurus, hanya dua hari selepas beliau mengambil alih...





