Siapakah pemain bola sepak terunggul dunia? Perdebatan ini kembali sekali lagi dengan anugerah berprestij Ballon d'Or pemain lelaki bakal ditentukan pada 29 November ini. Sejak lebih sedekad lalu, Lionel Messi dan Christiano Ronaldo telah mendominasi arena bola sepak dunia dengan memenangi 11 daripada 12 anugerah tersebut, dengan hanya Luka Modric yang berjaya merangkul anugerah itu daripada dua pemain hebat ini...





