Usaha pemerintah untuk memulihara biodiversiti dengan membangunkan semula kawasan-kawasan yang kaya dengan alam semula jadi secara tidak langsung telah menarik masyarakat untuk lebih menghargai sekitaran alam. Ditambah dengan keadaan pandemik yang sejak hampir dua tahun lalu menghambat pergerakan rakyat daripada bercuti ke luar Singapura, kian ramai yang kini memberi tumpuan meneroka pelbagai pelosok taman-taman kehijauan seluruh pulau. Kumpulan-kumpulan pendaki atau...






