SEMPADAN darat Singapura-Malaysia mungkin akan dibuka menjelang akhir bulan ini untuk membolehkan mereka yang terpisah daripada orang tersayang akibat pandemik Covid-19 untuk bersatu semula, umum Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian Covid-19 semalam.
Kedua-dua negara kini berada di tahap perbincangan untuk membuka Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) bagi pengunjung yang sudah divaksinasi, dengan memberi keutamaan kepada keluarga yang sudah lama terpisah...






