MEMAHAMI isu kesihatan mental dan pelbagai cara yang boleh dilakukan seseorang untuk menguruskan kekuatan mental mereka, termasuk sokongan kerohanian, antara topik yang dibincangkan dalam sebuah Facebook Live khas Berita Harian dengan kerjasama Andalus semalam.
Antara yang diundang untuk mengongsi pandangan mereka ialah Pengurus Andalus, Ustazah Farani Mohamed; Pengarah, Pakar Psikoterapi Sistemik dan Konsultan Klinikal Hayaa' Network, Cik Maimunah Mosli; dan...






