CABANG kebajikan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) FairPrice, Yayasan FairPrice telah menyumbang sebanyak $180,000 kepada Dana Bandar Taman Lembaga Taman Negara (NParks) dan gerakan Sejuta Pokok dalam usaha menyokong Singapura dalam transformasinya menjadi bandar yang penuh alam semula jadi.
Sumbangan itu juga akan digunakan untuk membiayai usaha menanam 600 pokok dan program-program jangkauan untuk menggalakkan kesedaran dan pemuliharaan.






