MASJID-MASJID sekitar Singapura membuka lebih banyak ruang bagi solat Jumaat mulai semalam.
Jemaah juga boleh mengerjakan solat Jumaat pada setiap minggu dan tidak perlu menunggu giliran untuk membuat tempahan. Sementara itu, solat Jumaat juga diadakan lebih awal, selaras pada waktu zuhur yang lebih awal mulai semalam.






