DUA syarikat yang disebutkan dalam Kertas Pandora dan mempunyai kegiatan perniagaan di Singapura berada di bawah "penelitian intensif" Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebelum mereka terlibat dalam kebocoran data itu, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam.
Kertas Pandora itu tidak menimbulkan sebarang keprihatinan besar terhadap kawalan pembiayaan anti-pengubahan wang haram dan melawan pengganasan institusi kewangan di Singapura berdasarkan penilaian MAS...






