ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di bandar Quetta, barat daya Pakistan, ibu kota wilayah Balochistan, pada Khamis (30 Disember), menurut pegawai hospital.
Jurucakap Hospital Awam Quetta, Waseem Baig memberitahu Xinhua bahawa empat yang terkorban dan 15 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berkenaan.






