KEHEBATAN vokal legenda seni suara, Hetty Koes Endang, memang tidak disangkal lagi sejak dari zaman beliau memenangi Festival Lagu Popular Sedunia di Tokyo, Jepun pada 1977.
Namun, daripada sensasi seni suara, Hetty, 64 tahun, yang mesra dengan panggilan Bonda, berubah menjadi sensasi TikTok kini dengan banyak klip video dan audio beliau memberi ulasan di rancangan Gegar Vaganza 8 (GV8) dimuatnaikkan...






