DI tengah-tengah permintaan sesetengah pihak agar konsert minggu kelima peraduan realiti Gegar Vaganza 8 (GV8) ditunda ekoran musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, pihak Astro mengambil keputusan meneruskan siaran langsung kelmarin.
Namun, saluran ini mengambil tindakan segera atas dasar keprihatinan untuk menghulurkan bantuan dengan menamakan konsert tersebut Konsert Gegar Vaganza Kongsi Kasih.






