MELAKA: Polis Malaysia telah menumpaskan sindiket penyeludupan bayi dengan 16 orang ditangkap dan tiga bayi serta seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata anggota sindiket yang ditahan itu berumur antara 25 dengan 58 tahun. Mereka telah ditangkap dalam beberapa siri serbuan baru-baru ini.






