MELBOURNE: Seorang budak lelaki, 11 tahun, meninggal dunia semalam menyusuli kejadian permainan 'bouncy castle' empat hari lalu di negeri pulau Australia, Tasmania, membawa jumlah kematian akibat tragedi itu kepada enam kanak-kanak, kata polis.
Kanak-kanak itu jatuh 10 meter ke tanah selepas permainan 'bouncy castle' terangkat ke udara akibat tiupan angin ketika sambutan akhir tahun di sebuah sekolah rendah di Devonport...






