AKTIVIS tempatan Gilbert Goh akan didakwa hari ini melakukan perhimpunan awam tanpa permit dan enggan menandatangani kenyataan polis.
Pada 1 Mei, Goh, 60 tahun, dikatakan mengadakan bantahan di sekitar bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dengan mengangkat sepanduk tertera ayat bermaksud 'Harap larang semua penerbangan dari India kami tidak rasis! Hanya berhati-hati'.





