JEJAK Geylang Serai yang baru dilancarkan semalam diharap dapat menarik generasi muda untuk melawat kawasan Geylang Serai dan menghargai budaya serta warisan di sebalik kawasan itu.
Ini bertujuan menghidupkan visi menjadikan kawasan tersebut jalur budaya yang unik, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.





