JAWATANKUASA Fatwa mengikuti proses yang ketat dalam memutuskan adakah sesuatu ajaran itu sesat, termasuk usaha mendapatkan bukti yang jelas dan kukuh yang harus dikaitkan secara langsung kepada individu atau kumpulan yang didakwa menyebar ajaran tersebut.
Bagi kes yang tidak mempunyai bukti kukuh, jawatankuasa itu akan memulakan proses semakan baru sekiranya mereka menerima bukti baru yang memenuhi keperluan bagi menjalankan siasatan...





