AGAMA dan sukan biasanya jarang seiringan tetapi bagi guru pengajian taranum Al-Quran, Ustaz Nor Muhammad Ibn Ali, 40 tahun, sukan yang disertainya bukan saja kerana minat, bahkan demi kesihatan yang dikaitkan kesempurnaan demi menjalankan tugas sebagai seorang ustaz.
Sukan yang beliau ceburi bukan calang-calang - skateboarding atau papan luncur.





