HAMPIR 3,000 komputer riba diedarkan oleh UOB kepada kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan hingga peringkat universiti.
Ini adalah sebahagian daripada program UOB My Digital Space, sebuah program pendidikan untuk merapatkan jurang peralatan digital untuk kanak-kanak daripada keluarga pendapatan rendah di seluruh negara supaya dapat memberikan mereka peluang pembelajaran digital.





