Melalui pengalaman belajar, latihan, pendedahan, kajian dan siasatan serta kegiatan khidmat masyarakat yang terangkum di bawah Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, ia diharap bukan hanya mempersiapkan pelajar untuk kehidupan universiti tetapi juga kemahiran berfikir serta perspektif yang penting bagi pemimpin dan cendekiawan agama pada masa depan. Dengan adanya pensijilan IBDP, di samping Diploma Aliyah yang dianugerahkan...





