LONDON: Ralf Rangnick dipercayai sedang berusaha memikat pengurus Bayern Munich Julian Nagelsmann dan jentera gol Erling Haaland dari Borussia Dortmund ke Manchester United.
Beberapa laporan dari media Britain berkata Rangnick telah cuba mengadakan perbincangan dengan Nagelsmann, meskipun kemungkinan pengurus itu boleh didesak meninggalkan Bayern Munich bagi musim depan adalah tipis.





