MESYUARAT untuk membincangkan had perbelanjaan pemerintah di bawah rangka kerja Pulangan Pelaburan Bersih (NIR) tahun ini memberi tumpuan kepada kesan jangka panjang Covid-19 dan perubahan iklim kepada pelaburan negara.
Demikian menurut Presiden Halimah Yacob yang menemui Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, serta pegawai Kementerian Kewangan (MOF), bagi mesyuarat tahunan itu kelmarin.





