WASHINGTON DC: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Cik Nancy Pelosi, berkata beliau "sangat ghairah" tentang kunjungannya ke Asia tetapi enggan mengesahkan lawatan ke Taiwan sebagai sebahagian daripadanya.
Menyentuh tentang negara-negara yang akan beliau kunjungi, "anda akan mengetahuinya semasa perjalanan nanti," kata Cik Pelosi dalam satu sidang akhbar kelmarin, tanpa menyatakan lebih lanjut disebabkan soal keselamatan.





