KUMPULAN Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) telah dijenamakan semula untuk mencerminkan matlamat lebih luas dalam menggalak keharmonian kaum dan agama di sini.
Mengambil nama baru, 'Kumpulan Keharmonian Antara Kaum dan Agama', atau singkatannya 'Kumpulan Keharmonian', ia berharap dapat membina kepercayaan, persefahaman dan keyakinan di kalangan pelbagai masyarakat pada masa aman dan semasa krisis.





