LONDON: Dua calon terakhir bagi merebut jawatan perdana menteri Britain bagi menggantikan Encik Boris Johnson, bertembung dalam satu perbahasan yang disiarkan di televisyen, di mana mereka dilihat saling bertikam lidah menyentuh perancangan belanjawan dan cukai yang diketengahkan.
Setiausaha Luar, Cik Liz Truss, yang menjadi pilihan ramai untuk memenangi pilihan raya kepimpinan Parti Konservatif, memberitahu mantan Menteri Kewangan, Encik Rishi Sunak...





