MEMANDANGKAN sifat penyakit cacar monyet yang mengehadkan diri, Kementerian Kesihatan (MOH) buat masa ini tidak mengesyorkan vaksinasi besar-besaran ke atas seluruh penduduk terhadap virus itu, kerana faedahnya tidak melebihi risiko.
Demikian dinyatakan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai satu kecemasan kesihatan sejagat dan selepas MOH melaporkan dua lagi kes cacar monyet...





