WASHINGTON: Juri persekutuan semalam memutuskan bekas pembantu Donald Trump, Steve Bannon, bersalah menghina Kongres kerana mengingkari sepina untuk memberi keterangan di hadapan penggubal undang-undang yang menyiasat serangan ke atas Capitol Amerika Syarikat (AS).
Bannon, yang mengetuai kempen pilihan raya presiden Trump pada 2016, adalah antara ratusan orang yang dipanggil jawatankuasa Dewan Perwakilan untuk menangani serbuan ke atas Kongres oleh penyokong...





