SATU pasukan bertindak untuk lebih memahami aspirasi bekerja-kehidupan golongan belia telah dilancarkan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) semalam.
Pasukan bertindak itu, yang akan memberi sokongan kepada belia yang baru ingin melangkah ke dunia pekerjaan, akan mendekati anak muda yang berusia 18 hingga 25 tahun untuk lebih mengetahui tentang aspirasi mereka, terutama dalam bidang kerjaya, kewangan dan kesejahteraan mental.





