AGENSI pemerintah bertanggungjawab bagi pembelajaran sepanjang hayat di sini bayar terlebih kira-kira $4.22 juta disebabkan kesilapan dalam pengurusan gerannya, kata Pejabat Ketua Audit Negara (AGO).
Dalam audit tahunan akaun pemerintahnya, AGO juga menyatakan bahawa SkillsFuture Singapore (SSG) lemah dalam menguatkuasakan kutipan dana Levi Pembangunan Kemahiran (SDL) dari 2015 hingga 2020, mengakibatkan anggaran $43 juta terhutang pada agensi itu pada April...





