SEKITAR 580 pengguna tidak dapat dihubungi atau tidak memberi respons kepada syarikat insurans yang dilantik CaseTrust untuk menuntut insurans perlindungan prabayaran sebanyak $169,000.
Jumlah ini adalah sebahagian daripada bayaran buat mereka yang terjejas dengan penutupan 28 spa dan perniagaan kesejahteraan yang diberi pentauliahan oleh CaseTrust antara Februari 2017 dengan bulan lalu, kata Persatuan Pengguna Singapura (Case) semalam.





