Pertapis mengagihkan 2,000 kilogram daging korban kepada penerima bantuannya hari ini - jumlah yang naik seganda berbanding tahun lalu ekoran lebih ramai jemaah yang menderma keseluruhan daging korban mereka.
Ini bermakna setiap daripada 500 penerima bantuan di bawah program Tabung Amal Jariah (TAJ) Pertapis membawa pulang empat kilogram daging, berbanding dua kilogram semasa musim korban tahun lalu.





