WASHINGTON: Bekas bintang Manchester United dan England, Wayne Rooney sudah mencapai satu persetujuan untuk melatih pasukan Major League Soccer, DC United, yang mana beliau menyarung jersinya antara 2018 dengan 2019, lapor media Amerika Syarikat kelmarin.
Rooney, 36 tahun, akan menyertai kelab itu apabila keperluan visanya dimuktamadkan, lapor ESPN dan The Athletic.






