MENGIBARKAN bendera negara sekali lagi. Itulah yang pasti menjadi matlamat setiap daripada 30 pendekar dan srikandi silat negara yang akan berjuang di Kejohanan Pencak Silat Dunia yang akan berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) dari 27 hingga 31 Julai. Di antara 30 pesilat negara yang akan masuk gelanggang akhir bulan ini, 14 daripada mereka akan bertanding buat kali pertama...






