POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 48 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes ragut.
Polis semalam berkata pihaknya dimaklumkan tentang kes ragut yang berlaku kelmarin pada 10.20 pagi di Jalan Bukit Merah, di mana beg tangan mangsa mengandungi wang tunai berjumlah sekitar $60 dan telefon bimbit didakwa diragut oleh lelaki yang tidak dikenali.






