SEORANG lelaki berusia 45 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam hasutan keganasan terhadap Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dengan komen media sosialnya.
Kelmarin, sekitar 3.10 petang, polis menerima laporan mengenai ancaman yang dibuat dalam bahagian komen laman Facebook CNA, menyusuli berita penembakan mantan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe.






