MENTERI Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Dr Naledi Pandor, berada di Singapura bagi lawatan rasmi dua hari yang berakhir semalam.
Dr Pandor telah mengunjungi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana semalam dan dijamu sarapan oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pagi semalam.






