HINGGA hujung tahun lalu, pemerintah telah membelanjakan sekitar $730 juta bagi subsidi pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, dan $220 juta bagi rawatan pesakit luar untuk Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semalam.
Beliau berkata demikian di Parlimen ketika menjawab soalan Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) yang bertanya tentang subsidi penjagaan kesihatan berkaitan pandemik Covid-19.






