WASHINGTON: Rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dengan pemerintah Taleban Afghanistan diteruskan di Doha awal minggu ini bagi membincangkan bantuan gempa bumi, selepas kedua-dua pihak bertemu kali terakhir di ibu negara Qatar pada Mac lalu.
Menurut Jabatan Negara AS, pada mesyuarat itu, AS mengulangi ikrar awal untuk menyalurkan dana sebanyak AS$55 juta ($76.79 juta) sebagai dana baharu bagi bantuan gempa bumi.






