SINGAPURA telah mencipta sejarah dengan mengorak langkah lebih jauh dalam industri angkasa lepas dengan pelancaran tiga satelit baru untuk kegunaan nasional, penyelidikan dan komersil pada Khamis lalu.
Roket setinggi 44 meter yang membawa tiga satelit secara keseluruhan itu berlepas dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di India Selatan selepas 6 petang, kira-kira 8.30 malam waktu Singapura.






