OPERASI terakhir Taman Burung Jurong ialah pada 3 Januari tahun depan yang merupakan ulang tahun ke-52 taman itu sejak ia mula dibuka kepada pelawat pada 1971.
Pengendali taman itu, Mandai Wildlife Group, berkata semalam bahawa berikutan penutupan itu, kakitangan taman seluas 20 hektar itu dan kira-kira 3,500 ekor burung akan berpindah ke Bird Paradise di Mandai Wildlife Reserve.





