KUMPULAN rangkaian pasar raya koperatif, NTUC FairPrice akan melaksanakan Model Gaji Progresif (PWM) yang meliputi keseluruhan rangkaian perniagaannya termasuk perniagaan runcit, khidmat makanan dan rantaian bekalan yang akan menelan kos $90 juta bagi tempoh tiga tahun sebelum subsidi pemerintah.
Bakal dilaksanakan Khamis ini, ia akan memanfaatkan lebih 10,000 kakitangan bukan eksekutifnya yang dijangka menikmati kenaikan gaji, menurut kenyataan NTUC FairPrice...





