NEW YORK: Saham merosot kelmarin selepas Pengerusi Lembaga Simpanan Federal (Fed), Encik Jerome Powell, berjanji bertindak "secara tegas" terhadap inflasi yang melambung tinggi dalam tindakan yang boleh 'menyakiti' keluarga dan perniagaan di Amerika Syarikat.
Pihak Fed telah melaksanakan kempen agresif untuk menaikkan kadar faedah - dan Encik Powell menyatakan dengan jelas semasa sidang Jackson Hole, yang mengumpulkan penggubal dasar kewangan...





