KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Malaysia, Najib Tun Razak, mungkin menjalani tempoh penjara yang lebih singkat berbanding hukuman penjara 12 tahun walaupun beliau tidak mendapat pengampunan, kata pakar undang-undang. Tempoh pemenjaraan ahli politik itu boleh dikurangkan sehingga empat tahun atas berkelakuan baik. Menurut peguam kanan jenayah, Encik Geethan Ram Vincent, sebagai banduan, Najib boleh menunjukkan tingkah laku baik dan dipertimbangkan...





