SETELAH beberapa kali harga minyak diturunkan, harga pam kini mula meningkat dengan Caltex mengambil langkah pertama menaikkan harga diesel sebanyak tujuh sen seliter dan harga petrol sebanyak tiga sen tengahari ini. Peningkatan ini diikuti oleh Shell pada petang ini.
Perubahan harga ini berlaku kira-kira dua minggu sejak kali terakhir harga minyak diturunkan.





