TOKYO: Tinjauan pendapat umum mendapati, sokongan terhadap kerajaan Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida jatuh, berpunca daripada persoalan mengenai hubungan parti pemerintah dengan Gereja Penyatuan dan tindak balasnya terhadap pandemik Covid-19.
Gereja yang diasaskan di Korea Selatan pada 1950-an dan terkenal dengan perkahwinan besar-besarannya, dilihat menyesakkan Encik Kishida sejak 8 Julai lalu selepas bekas perdana menteri Encik Shinzo Abe ditembak...





