MANTAN penyiar dan personaliti tempatan Riz Sunawan, yang menghidapi penyakit saraf motor neuron (MND), atau lebih dikenali sebagai Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS), menerima tetamu istimewa baru-baru ini.
Menerusi laman Instagram beliau kelmarin, Riz, yang nama sebenarnya Asri Sunawan, berkata beliau berasa rendah hati dikunjungi Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob.





