PASUKAN Polis Singapura (SPF) semalam mengumumkan pelantikan Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Masagoes Idris Hussain, sebagai Pegawai Pemerintah untuk Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) berkuatkuasa 10 Ogos lalu.
Menurut kenyataan polis semalam, DAC Masagoes mengambil alih teraju kepimpinan dari Penolong Pesuruhjaya (AC) Fanny Koh Bee Yuan, yang kini dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Operasi bermula 15 Ogos





